PENGENALAN
Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mula beroperasi pada bulan Julai 2007 dengan kemasukan pelajar sulung universiti seramai 296 orang pelajar. Perpustakaan UMK boleh memuatkan lebih kurang 200 tempat duduk pada satu masa dengan koleksi melebihi 8000 naskhah bahan.
Bersesuaian dengan peranannya sebagai gedung ilmu dalam membekalkan sumber maklumat kepada warga universiti, Perpustakaan UMK diberi tanggungjawab bagi memastikan koleksi perpustakaan adalah mencukupi dan terkini bagi menampung keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UMK. Adalah menjadi objektif Perpustakaan UMK untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan maklumat yang lengkap, tepat dan berkualiti sejajar dengan misi Universiti Malaysia Kelantan.