VISI
Visi kami adalah untuk menjadi sebuah Perpustakaan akademik yang unggul. Untuk menjayakan visi ini, kami akan menyediakan perkhidmatan dan sumber-sumber Perpustakaan yang mencukupi dan terkini dengan penggunaan ICT sebagai asas. Kami akan memperlengkapkan diri kami melalui kerjasama berpasukkan yang teguh dan persediaan yang rapi untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti yang akan meletakkan Perpustakaan UMK ini sebagai satu pusat maklumat kepada komuniti akademik dan pelajar serta sebagai sumber maklumat yang utama kepada masyarakat setempat dan umumnya di Malaysia.