
TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG!
15 September 2026 | Sekalung tahniah diucapkan kepada Bahagian Perkhidmatan Maklumat PPI UMK atas kejayaan merangkul ANUGERAH SLAID TERBAIK sempena Seminar Kumpulan Fokus Khas Kejuruteraan dan Seni Bina (SKFKKS) 2026 yang berlangsung pada 14–15 September 2026 bertempat di Perpustakaan UMPSA, Pekan. 🎉👏
🏅 Tahniah dan syabas kepada ahli kumpulan:
1. Pahmi Abdullah — Pustakawan Kanan (Ketua)
2. Muhamad Hanif Ibrahim@Ismail — Pustakawan
3. Shazwani Mohd Ezazi — Pustakawan
4. Ainal Mardhiyah Md Hassan — Pemb. Pustakawan
5. Muhammad Nuraiman Mohd Hassan — Pemb. Pustakawan
📚 Tajuk Pembentangan:
“PEMBANGUNAN DAN PELAKSANAAN SPACESYNC PPI”
Transformasi Digital Pengurusan Tempahan Ruang Perpustakaan
Kejayaan ini mencerminkan semangat kerjasama, kreativiti, inovasi dan komitmen dalam menghasilkan idea serta pembentangan yang berkualiti. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melangkah lebih jauh dalam memperkasakan transformasi digital dan perkhidmatan perpustakaan. 💙💛
Tahniah sekali lagi kepada seluruh pasukan!
