
28 September 2026: Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK Bachok telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kedutaan Amerika Syarikat (U.S. Embassy). Delegasi kunjungan adalah seramai 6 orang dan diketuai oleh Mr. David H. Gamble Jr., Chargé d’Affaires.
Turut hadir bersama adalah Mr. James B. Dewey, Spokesperson, Ms. Siree Allers, Political Officer, Mr. Sadayan Riazurrahman, Senior Advisor dan Mr. Hafizul Rahman Abdul Halim, New Media Assistant.
Delegasi Kedutaan Amerika Syarikat (U.S. Embassy) disambut oleh YBrs. Professor Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan bersama-sama YBrs. Mr. Hairuladzhar bin Mohd Hamdi, Menjalankan Fungsi Ketua Pustakawan dan juga YBrs. Ts. Amirul Firdaus bin Zilah, Timbalan Ketua Pustakawan/Penyelaras AC Kelantan.
Kunjungan ini juga turut disambut oleh beberapa orang staf akademik UMK dan disertai juga jemputan khas iaitu YBhg Dato' Prof. Dr. Nik Maheran Bin Nik Muhamad, AeU-AiSED Chair & Managing Director/ Professor Asia e University.
Kunjungan ini merupakan satu inisiatif dalam memperkukuh hubungan dan meneroka potensi kerjasama antara UMK dan Kedutaan Amerika Syarikat (U.S. Embassy).

