
Merintis Jaringan Global, Memperkasa Kecemerlangan Akademik
29 Jun 2026 mencatat satu lagi detik bermakna apabila Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), Kampus Bachok menerima kunjungan hormat delegasi antarabangsa sempena sesi Perbincangan Kerjasama Strategik yang memfokuskan kepada pembangunan hubungan akademik, penyelidikan, mobiliti staf (staff exchange) serta kerjasama antarabangsa.
Delegasi ini diketuai oleh Dr. Dadabayev Sardor Usmanovich, Dean, Kokand University, Uzbekistan, bersama Dr. Zuhaa Rosufila binti Abu Hasan, Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat. Turut hadir mengiringi lawatan ialah Ts. Dr. Noor Janatun Naim, Pengarah Pusat Jaringan Strategik UMK.
Lawatan ini bukan sekadar kunjungan rasmi, malah menjadi pemangkin kepada pembentukan jaringan global yang lebih kukuh, membuka ruang kepada kolaborasi berimpak tinggi dalam bidang akademik, penyelidikan, perkongsian kepakaran, pembangunan modal insan serta pengantarabangsaan institusi.
PPI Bachok amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada usaha memperluas jaringan strategik UMK di persada antarabangsa, selaras dengan aspirasi universiti untuk melahirkan ekosistem ilmu yang berdaya saing, inovatif dan bertaraf dunia.
"Ilmu merentasi sempadan, kolaborasi mencipta masa depan."

