06-Oct-2026

UniMakers UMK dan Young Engineers Explorers Programme 2026 Fasa 1


Program UniMakers UMK dan Young Engineers Explorers Programme 2026 Fasa 1 telah berjaya dianjurkan dengan penglibatan para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Bachok. Penyertaan adalah sebanyak 14 buah sekolah bertempat di PPI, UMK Bachok.

Program UniMakers UMK dan Young Engineers Explorers Programme 2026 merupakan salah satu inisiatif yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi bagi menyokong pelaksanaan Program Tuisyen STEM oleh Universiti Awam. Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu telah dipertanggungjawab untuk merialisasikan inisiatif ini di UMK.

Terdapat 4 kategori yang telah dilaksanakan pada hari ini iaitu, 3D Printing: Design Your Own STEM Keychain, Arduino / IoT: Smart Sensor Challeng, AI Poster Challenge: STEM for a Sustainable Future dan STEM

Tower Challenge.

PPI mengucapkan terima kasih atas sokongan dan komitmen yang diberikan oleh pakar trainer yang diketuai oleh Ts. Dr. Noor Janatun Naim Jemali. Antara trainer lain yang terlibat adalah Ts. Dr. Fakhitah Ridzuan, Puan Nur Kyariatul Syafinie Abdul Majid dan Encik Muhammad Najibul Muthiie Che Ya'acob. Kesemua trainer adalah merupakan staf akademik UMK dan program ini merupakan satu peluang untuk UMK berkongsi ilmu dan mendekati komuniti dengan lebih dekat.

 





ARCHIVE
2026
October (2)
September (4)
August (2)
July (2)
June (10)
May (6)
April (6)
March (2)
February (4)
January (10)
2025
December (12)
November (5)
October (8)
September (13)
August (10)
July (38)
June (23)
May (18)
April (12)
March (8)
February (5)
January (6)
2024
December (3)
November (4)
October (9)
September (7)
August (9)
July (19)
June (1)
May (15)
March (8)
January (1)
2023
December (4)
October (4)
September (4)
July (3)
June (1)