1 Disember 2024 - Gotong-royong pembersihan PPI Kampus Kota yang diketuai oleh Ketua Pustakawan, En Azman bin Hashim telah diadakan bagi memastikan PPI sentiasa siap sedia dan selesa untuk kegunaan2 pengguna.
Gotong-royong kali ini disertai oleh 33 orang staf PPI Kampus Bachok dan Kampus Kota serta 25 orang sukarelawan pelajar yang terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman UMK Kampus Kota.
Gotong-royong ini juga merupakan inisiatif Ketua Pustakawan dalam menyokong Operasi Bersih Pasca Banjir yang diketuai oleh Menjalankan Fungsi Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah.
Turut hadir ke PPI Kampus Kota semasa operasi gotong-royong adalah Menjalankan Fungsi Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) , Prof Dr. Mohammad bin Ismail dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr. Huzili bin Hussin.