06-Jul-2026

Malaysia Techlympics 2026 bagi Zon Timur 2.0.


6 Julai 2026 – Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK Bachok telah menjadi tuan rumah bagi Malaysia Techlympics 2026 bagi Zon Timur 2.0. Program pagi ini adalah kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan iaitu Program Jangkauan Keterangkuman bagi Malaysia Techlympics 2026.

Hari ini merupakan sesi latihan kepada guru sebagai persediaan pelaksanaan program Malaysia Techlympics di sekolah-sekolah Negeri Kelantan. Program Malaysia Techlympics merupakan inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam usaha memupuk minat generasi muda terhadap bidang Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) melalui pendekatan pertandingan yang kreatif dan kompetitif. Program ini dibahagikan kepada beberapa fasa, bermula dari peringkat sekolah, saringan zon, dan program jangkauan (outreach) di seluruh negara sebelum memuncak ke peringkat akhir kebangsaan.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YBrs En. Abdullah bin Daud, Setiausaha Bahagian, Pembudayaan dan Perkhidmatan STI, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Program juga turut dihadiri oleh wakil Goverment Group for High Technology, YBrs Mdm Ida Semurni binti Abdullah Ali, Ketua Pegawai Operasi MIHGT dan juga YBrs En Ruhairi bin Ramli, Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

MOSTI telah merangka sebanyak 33 pertandingan di bawah payung Malaysia Techlympics yang meliputi enam (6) tema utama, iaitu Kejuruteraan, Pengkomputeran dan Mikrokomputer, Kecerdasan Buatan (AI), Nanoteknologi dan Internet Kebendaan (IoT), Robotik dan Dron, Matematik, Reka Bentuk Kreatif dan Animasi dan Percetakan serta Pembangunan Tiga Dimensi (3D). Melalui penganjuran pertandingan ini, MOSTI berupaya menilai serta mengukur tahap minat, kreativiti dan daya cipta generasi muda dalam melahirkan solusi, aplikasi serta produk berteknologi tinggi yang relevan dengan keperluan masa kini dan masa hadapan.





ARCHIVE
2026
July (2)
June (10)
May (6)
April (6)
March (2)
February (4)
January (10)
2025
December (12)
November (5)
October (8)
September (13)
August (10)
July (38)
June (23)
May (18)
April (12)
March (8)
February (5)
January (6)
2024
December (3)
November (4)
October (9)
September (7)
August (9)
July (19)
June (1)
May (15)
March (8)
January (1)
2023
December (4)
October (4)
September (4)
July (3)
June (1)