26-Oct-2026

PROGRAM UNIMAKERS UMK & YOUNG ENGINEERS EXPLORERS PROGRAMME (YEEP) 2026 - IN COLLABORATION WITH DIGISTEM JELORIAN (ROBOTIC).


26 OKTOBER 2026 | PROGRAM UNIMAKERS UMK & YOUNG ENGINEERS EXPLORERS PROGRAMME (YEEP) 2026 - IN COLLABORATION WITH DIGISTEM JELORIAN (ROBOTIC).

Program UniMakers UMK dan Young Engineers Explorers Programme (YEEP) 2026 - In Collaboration with Digistem Jelorian (Robotic) telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama antara Sekolah Kebangsaan Jelor, Pasir Puteh dan Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan penglibatan seramai 116 orang murid Tahun 4, 5 dan 6.

Penganjuran program ini merupakan salah satu usaha dalam memperkasakan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta memupuk minat murid sekolah terhadap perkembangan teknologi dan inovasi melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan.

Program kali ini memberi tumpuan kepada bidang robotik melalui pengenalan asas pengaturcaraan menggunakan perkakasan Microbit. Menerusi aktiviti secara praktikal, para peserta didedahkan kepada konsep asas pengaturcaraan dan aplikasi teknologi robotik. Aktiviti ini turut memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan kreativiti dan mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah.

Pelaksanaan program ini melibatkan Ts. Dr. Fakhitah binti Ridzuan (Ketua Jabatan, Fakulti Sains Data dan Komputeran) selaku jurulatih, dan faslitator dalam kalangan Pustakawan dan staf Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI) serta para pelajar dari Fakulti Sains Data dan Komputeran, UMK. Kerjasama pihak pentadbiran dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Jelor turut memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti sepanjang program berlangsung.

Melalui kerjasama ini, UMK terus komited dalam memperluas perkongsian ilmu dan teknologi kepada komuniti sekolah, sekali gus menyemai minat generasi muda untuk meneroka bidang STEM serta membudayakan pemikiran kreatif dan inovatif sejak di bangku sekolah.





ARCHIVE
2026
October (2)
September (4)
August (2)
July (2)
June (10)
May (6)
April (6)
March (2)
February (4)
January (10)
2025
December (12)
November (5)
October (8)
September (13)
August (10)
July (38)
June (23)
May (18)
April (12)
March (8)
February (5)
January (6)
2024
December (3)
November (4)
October (9)
September (7)
August (9)
July (19)
June (1)
May (15)
March (8)
January (1)
2023
December (4)
October (4)
September (4)
July (3)
June (1)