
Pameran Permainan Digital Hikayat Malim Deman telah berjaya dilaksanakan pada 30 Jun 2026 di Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Program ini bertujuan memperkenalkan karya agung sastera Melayu Hikayat Malim Deman melalui pendekatan permainan digital yang interaktif bagi menarik minat generasi muda terhadap warisan sastera dan memperkenalkan konsep gamifikasi dalam pendigitalan sastera.
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini, iaitu pelajar kursus SCH3283 Magnum Opus Melayu dibawah bimbingan Dr. Nordiana Ab. Jabar.
Turut hadir tetamu istimewa daripada 6 buah sekolah iaitu SMK Sri Gunong, SMK Dato Perdana, SMKA Tok Bachok, SMK Badak dan SMK Bachok serta SMK Long Yunus.

