24-Jun-2026

Program Peningkatan Kemahiran STEM


24 Jun 2026 || Program Peningkatan Kemahiran STEM

Program Peningkatan Kemahiran STEM yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Prihatin Pendidikan Kelantan telah berjaya memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran teknologi digital dan inovasi melalui aktiviti pembelajaran secara praktikal dan interaktif.

Program ini disertai seramai 46 orang pelajar dan 15 orang guru daripada 15 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sekitar negeri Kelantan.

Sepanjang program berlangsung, peserta didedahkan kepada dua komponen utama iaitu Rapid Prototyping menggunakan Tinkercad dan pembangunan aplikasi digital menggunakan MIT App Inventor. Melalui sesi Rapid Prototyping, peserta mempelajari asas reka bentuk tiga dimensi (3D) serta proses menghasilkan model digital sebagai langkah awal dalam pembangunan produk dan penyelesaian berasaskan teknologi.

Selain itu, peserta turut diberi pendedahan kepada pembangunan aplikasi mudah alih menggunakan MIT App Inventor, iaitu platform pengaturcaraan visual yang membolehkan pengguna membina aplikasi secara mudah dan kreatif tanpa memerlukan pengetahuan pengaturcaraan yang mendalam.

Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh kemahiran STEM dalam kalangan pelajar dan guru, di samping memupuk minat terhadap teknologi digital serta menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam menghadapi perkembangan Revolusi Industri 4.0.

Program seumpama ini diharapkan dapat menjadi platform berterusan dalam memperkasakan literasi digital serta melahirkan lebih ramai bakat muda yang berkemahiran, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia teknologi masa hadapan.





ARCHIVE
2026
July (2)
June (10)
May (6)
April (6)
March (2)
February (4)
January (10)
2025
December (12)
November (5)
October (8)
September (13)
August (10)
July (38)
June (23)
May (18)
April (12)
March (8)
February (5)
January (6)
2024
December (3)
November (4)
October (9)
September (7)
August (9)
July (19)
June (1)
May (15)
March (8)
January (1)
2023
December (4)
October (4)
September (4)
July (3)
June (1)