Bagi mengekalkan persekitaran yang selamat dan selesa untuk membaca, pembelajaran dan aktiviti Perpustakaan yang lain, semua pelawat perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut.

Polisi Umum

 

1. Hanya pengguna berdaftar Perpustakaan dan mereka yang diluluskan oleh Ketua Pustakawan sahaja dibenarkan menggunakan Perpustakaan.
2. Pengguna perpustakaan perlu mengemukakan kad keahlian mereka apabila diminta berbuat demikian oleh staf Perpustakaan.
3. Pengguna tidak dibenarkan makan, minum, merokok, membuat bising, tidur atau mengganggu ketenteraman di perpustakaan.
4. Pengguna dikehendaki menyerahkan beg, buku atau apa-apa barang peribadi mereka untuk diperiksa di pintu masuk/keluar perpustakaan sekiranya diarahkan oleh staf Perpustakaan.
5. Pengguna dikehendaki mematuhi peraturan tidak dibenarkan bising di perpustakaan.
6. Merokok serta makan dan minum adalah dilarang di semua bahagian bangunan perpustakaan.
7. Barangan peribadi seperti beg, topi keledar, payung, baju hujan dan lain-lain perlu diletakkan di tempat yang disediakan di luar perpustakaan.
8. Pengguna tidak dibenarkan mengalihkan perabot dan peralatan perpustakaan dari tempat asalnya.
9. Pengguna tidak dibenarkan membawa keluar bahan perpustakaan kecuali telah dipinjam di kaunter atau mesin "self check-out".
10. Pengguna perlu meletakkan semula buku yang digunakan di troli di sebelah rak.
11. Pengguna tidak dibenarkan menconteng, mengoyak atau merosakkan bahan perpustakaan.
12. Pengguna yang membuat salinan bahan perpustakaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang tindakan yang boleh dipertanggungjawabkan melalui Akta Hak Cipta 1987.
13. Ahli akademik atau staf sokongan yang sedang bercuti sabatikal di luar negara mesti memulangkan semua bahan yang dipinjam.
14. Ahli akademik atau staf sokongan yang akan meninggalkan organisasi juga mesti memulangkan semua bahan yang dipinjam. Setiap peminjam bertanggungjawab terhadap barang yang 
dipinjam. Untuk item yang hilang, pengguna perlu membayar dua kali ganda kos item yang hilang. Sekiranya penggantian adalah tidak berbaloi, Jawatankuasa Perpustakaan akan memutuskan kos penggantian.
15. Ketua Pustakawan boleh meminda atau mengubah Peraturan-Peraturan Perpustakaan apabila perlu.